JOHOR BAHRU: Dua kematian akibat denggi dilaporkan di Johor pada Minggu Epid 10/2024 menjadikan jumlah kematian sebanyak tujuh kes dan 1,420 kes denggi dikesan menjadikan kumulatif 3,764 kes.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor Ling Tian Soon daripada jumlah kes yang dilaporkan, 1,795 (47.7 peratus) dilaporkan dari lokaliti wabak dan 1,969 (52.3 peratus) dari lokaliti bukan wabak, sementara 373 kes demam denggi dilaporkan berbanding 426 kes minggu sebelumnya.
"Daerah Johor Bahru merupakan daerah tertinggi sebanyak 307 kes atau 82.3 peratus diikuti Kulai 35 kes (9.4 peratus), Kota Tinggi sembilan kes (2.4 peratus), Segamat lapan kes (2.1 peratus), Batu Pahat enam kes (1.6 peratus) dan Muar lima kes (1.3 peratus).
"Sementara itu Kluang, Tangkak dan Pontian masing-masing satu kes manakala tiada kes dilaporkan di Mersing," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata daerah yang melaporkan peningkatan kes ialah Kulai, Segamat dan Kota Tinggi.
Ling berkata terdapat 50 lokaliti wabak baharu dilaporkan pada minggu berkenaan iaitu Johor Bahru sebanyak 48 kawasan dan Kulai dua kawasan menjadikan jumlah lokaliti wabak sebanyak 567 berbanding 172 pada minggu yang sama tahun lepas.
Beliau berkata bagi aktiviti penguatkuasaan, pihaknya telah mengeluarkan 1,117 kompaun bernilai RM197,770 dan daripada jumlah itu 62.8 peratus telah dibayar.
"Aktiviti sebaran maklumat pencegahan denggi telah dipergiatkan melalui infografik di platform media sosial dan hebahan radio secara harian.
"Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) telah memuat naik infografik Situasi Denggi Negeri Johor dan Peta Lokaliti Wabak Denggi Mengikut Mukim Negeri Johor secara harian," katanya.
Beliau berkata kerajaan negeri memandang serius bilangan kes denggi yang tinggi dan akan terus mengambil tindakan proaktif bagi menurunkan bilangan kes.
Tambahnya pelbagai usaha digerakkan seperti aktiviti pembersihan rumah, pengaktifan skuad Komunikasi Perubahan Perilaku (COMBI) dan sebagainya agar ancaman denggi dapat dikurangkan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 12 2024
Daerah yang melaporkan peningkatan kes di Johor ialah Kulai, Segamat dan Kota Tinggi. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (30 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pemantapan kerangka insurans sosial negara meliputi pembangunan individu, negara - PM
Pemantapan kerangka insurans sosial negara tidak hanya berasaskan pekerjaan sebaliknya turut meliputi pembangunan individu dan negara secara lebih menyeluruh.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Gawai dan Pesta Kaamatan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah Pesta Kaamatan serta Hari Gawai yang disambut hari ini dan esok mempamerkan kemajmukan masyarakat Malaysia kepada dunia.
Boikot syarikat berkaitan Israel walaupun produk ditawarkan terbaik dalam industri – CEO YADIM
Prinsip boikot terhadap Israel adalah jelas iaitu memboikot semua entiti yang ada kaitan dengan Israel secara keseluruhan.
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini seiring dengan pergerakan di pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
Pesta Kaamatan: Tempahan dan sewa pakaian tradisi jadi tumpuan
Setiap kali menjelang perayaan Pesta Kaamatan, para peniaga pakaian tradisi sentiasa menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli selain menyewa baju tradisi untuk digunakan pada majlis yang diadakan.
Pelaburan Google buka ruang limpahan ekonomi pelbagai sektor di Malaysia - Penganalisis
Pembangunan pusat data pertama Google di Malaysia dan Wilayah Awan Google akan membuka ruang kepada sektor lain untuk menerima manfaat.
Polis serbu pusat hiburan disyaki jalankan kegiatan judi
Serbuan itu dilakukan bersama-sama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan selepas memperoleh waran geledah.
Uniknya sub etnik Dusun Tatana
Mungkin masih ramai yang belum mengenali kepelbagaian sub etnik yang wujud dalam suku kaum Kadazan, Dusun, Murut, dan Rungus (KDMR) di Sabah.
AWANI Tonight: 30 May 2024
#AWANITonight with @cynthiaAWANI
1. Google pledges RM9.4 bil investment in Malaysia
2. Improving Malaysia's approach to geriatric care
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Google pledges RM9.4 bil investment in Malaysia
2. Improving Malaysia's approach to geriatric care
#AWANIEnglish #AWANINews
Denggi: Jabatan Kesihatan serbu rumah warga asing di Pulau Pinang
Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) mengambil tindakan drastik memeriksa rumah yang disewakan kepada warga asing di sekitar Machang Bubok.
Kaedah nyamuk berwolbachia atasi masalah kes denggi di N.Sembilan
Kumulatif kes denggi di Negeri Sembilan merekodkan peningkatan kepada 2,824 kes hingga Minggu Epidemiologi ke-17 (ME17) tahun ini berbanding 1,032 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.
2 lagi kes kematian akibat denggi di Johor
Dua kematian akibat denggi dilaporkan di Johor pada Minggu Epid 10/2024 menjadikan jumlah kematian sebanyak tujuh kes dan 1,420 kes denggi dikesan menjadikan kumulatif 3,764 kes.
Kes denggi menurun, empat kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 3,483 kes pada Minggu Epidemiologi ke-7 (ME07) 2024 iaitu bagi tempoh 11 Feb hingga 17 Feb lepas.
Kes denggi menurun pada ME06, satu kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 3,631 pada Minggu Epidemiologi ke-06 (ME06) 2024 dengan satu kematian dilaporkan.
Kes denggi menurun pada ME04, tujuh kematian dilaporkan
Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan hingga ME04 ialah sebanyak 14,458 kes berbanding 8,968 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Kes denggi hingga 16 Dis lepas meningkat 89.3 peratus - KP Kesihatan
Jumlah kumulatif kes denggi pada tahun ini hingga 16 Dis lepas meningkat sebanyak 89.3 peratus iaitu 117,505 kes berbanding 62,060 kes pada 2022.
Kes denggi meningkat di Malaysia
Jumlah kes demam denggi meningkat 10 kes atau 0.4 peratus kepada 2,272 kes pada Minggu Epidemiologi ke-43 (ME43) iaitu bagi tempoh 22 Okt hingga 28 Okt.
Jumlah kumulatif kes denggi di Perak meningkat lebih 200 peratus
Jumlah kumulatif demam denggi di Perak meningkat sebanyak 2,762 kes sepanjang sembilan bulan pertama tahun ini berbanding 851 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Kes denggi di Kelantan meningkat 225 peratus - Dr Zaini
Sebanyak 1,514 kes demam denggi dicatatkan di Kelantan bermula Januari hingga 12 Ogos tahun ini, iaitu peningkatan 225 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.